PENGLIHATAN PEPERANGAN DI ALAM ROH DAN KUASA TUHAN KETIKA KITA BERDOA






Baca Juga

PESANAN_PROFETIK_DARI_ROH_KUDUS

PENGLIHATAN PEPERANGAN DI ALAM ROH DAN KUASA TUHAN KETIKA KITA BERDOA

Kesaksian Oleh : Elysto Etoes

Elysto mengatakan bahawa ketika kami( bapa, ibu dan saya) berdoa bersama dengan berpegangan tangan antara satu sama yang lain, Elysto diurapi oleh Roh Kudus.

Saya dapat merasakan kehadiran api Roh Kudus yang begitu kuat dan luarbiasa sekali. Pada ketika itu Elysto yang diurapi oleh Roh Kudus dengan mata yang terpejam/tertutup telah diberikan oleh Roh Kudus untuk melihat kebenaran peperangan di alam roh ketika kita berdoa.

Elysto melihat Setan/Iblis/Roh Jahat yang berwajah sungguh teruk/buruk iaitu berwajah seperti alien 👽👹berambut panjang, bergigi tajam, berekor panjang🐍 yang hendak menyerang dan cuba memasuki badan dia.

Pada masa itu juga, Elysto nampak banyak salib bersaiz kecil bercahaya di sekeliling dia dan kemudiannya Elysto melihat cahaya putih bersih yang tersangat terang bersama dengan salib ✝️ bercahaya di bahagian tengah cahaya tersebut.

Kemudian Elysto nampak Tuhan Yesus menghampirinya dan memeluknya dengan penuh kasih sayang. Setan/Iblis tidak dapat mendekati Elysto dan dihalau pergi oleh Tuhan Yesus. Haleluya!!🙏✝️

Tuhan Yesus pun berkata-kata dengan Elysto, “anakKu, jangan takut kerana Aku ada bersamaMu, tidak ada sesuatu pun(Setan/Iblis) yang bisa menganggu/mengusik anakKu”.

“Jangan takut kerana Aku menyertai kamu. Jangan cemas kerana Akulah Allah kamu. Aku akan menguatkan dan menolong kamu; Aku akan melindungi dan menyelamatkan kamu.”
‭‭YESAYA‬ ‭41:10‬ ‭

Puji Tuhan Yesus selamanya! Haleluya! Inilah firmanNya yang hidup dan telah disampaikan melalui Alkitab.

Segala pujian dan kemuliaan hanya untuk Bapa kita di Sorga Tuhan Yesus Kristus untuk selama-lamanya!

#Sharing_is_caring!

Buat Renungan dan Peringatan 
Tuhan Yesus Memberkati ✝️💝
JohnTan18(06.10.2018)

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel