TERRORIST/ PENGANAS TIDAK DIBENARKAN WUJUD DI NEGARA MALAYSIA
Sunday, 28 April 2019
Edit
TERRORIST/ PENGANAS TIDAK DIBENARKAN WUJUD DI NEGARA MALAYSIA
TERRORIST DARI WARGA MALAYSIA DAN WARGA ASING DI TANGKAP DI SARAWAK MALAYSIA.
Tiga daripada sembilan suspek/tersangka terlibat dengan kumpulan teroris/pengganas diberkas di Serian Sarawak Malaysia.
2019-03-10T14:50:31+08:00
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
KUALA LUMPUR :
Seorang lelaki warga Mesir serta seorang lelaki dan seorang wanita warga Malaysia berusia 20 hingga 54 tahun ditangkap Serian, Sarawak selepas disyaksi terlibat dalam kumpulan pengganas. Mereka antara sembilan suspek yang ditangkap antara 2 dan 9 Februari dalam operasi Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Lembah Klang dan Sarawak.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata sembilan suspek yang ditangkap itu terdiri daripada enam rakyat Mesir dan seorang warganegara Tunisia itu diusir ke negara asal mereka kerana kehadiran mereka boleh mengancam keselamatan negara.
Beliau berkata operasi dilancarkan setelah mendapat maklumat daripada beberapa agensi perisikan asing mengenai kehadiran beberapa suspek 'foreign terrorist fighters' yang menganggotai Ansar Al-Shariah Al-Tunisia, kumpulan gabungan Al-Qaeda yang disenaraikan sebagai kumpulan pengganas oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
"Memandangkan kehadiran warga asing ini boleh menjejaskan keselamatan Malaysia, kesemua suspek berkenaan telah diusir ke negara asal mereka mengikut Seksyen 9(1) Akta Imigresen 1959/63 pada 5 Mac," kata Mohamad Fuzi dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mereka turut dicadang disenaraihitamkan daripada memasuki Malaysia seumur hidup.
"Lima suspek warga Mesir yang ditangkap mengaku sebagai anggota Ikhwanul Muslimin yang bertindak sebagai fasilitator dalam menyediakan kemudahan penginapan, pengangkutan, pekerjaan dan membantu membeli tiket penerbangan kepada dua anggota Ansar Al-Shariah Al Tunisia," kata Mohamad Fuzi.
Beliau merujuk kepada penangkapan dua anggota kumpulan pengganas itu, masing-masing warga Mesir dan Tunisia berusia 21 dan 22 tahun, di Kuala Lumpur pada 4 Feb lalu.
Memberikan butiran tangkapan pada 2 Feb di Serian, Sarawak, Mohamad Fuzi berkata ia melibatkan seorang lelaki warga Mesir serta seorang lelaki dan seorang wanita warga Malaysia, ketiga-tiganya berusia 20 hingga 54 tahun.
Tangkapan pada hari sama di Setapak, Kuala Lumpur melibatkan seorang lelaki warga Mesir berusia 42 tahun yang merupakan tenaga pengajar di sekolah agama di ibu negara.
Tangkapan seterusnya pada 2 Feb dibuat di Bukit Bintang di sini melibatkan warga Mesir berusia 24 tahun yang merupakan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi di Lembah Klang manakala seorang lagi warga Mesir berusia 28 tahun - pelajar institusi pengajian tinggi di Pantai Timur - ditangkap di Seri Kembangan, Selangor.
Tangkapan pada 9 Feb di Ampang, Selangor melibatkan lelaki warga Mesir berusia 50 tahun yang bekerja sebagai guru bahasa Arab.
“Operasi ini juga adalah susulan kepada operasi Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas pada April dan November 2018 yang mana dua warga Mesir yang merupakan anggota Ikhwanul Muslimin Mesir ditangkap dan diusir kerana terlibat dalam kumpulan pengganas Islamic State serta Al-Qaeda,” kata Mohamad Fuzi.
Beliau seterusnya berkata mereka yang ditangkap dalam operasi Februari lalu itu disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).
Ketua Polis Negara berkata siasatan Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas mendedahkan elemen 'foreign terrorist fighters' cuba menjadikan Malaysia sebagai 'safe haven', destinasi transit dan pangkalan logistik dengan menyusup masuk masuk ke negara ini melalui pelbagai kaedah.
"Penyusupan masuk foreign terrorist fighters ke negara ini harus dipandang serius terutama berikutan kekalahan kumpulan Islamic State di Syria dan Iraq," katanya.
Kehadiran mereka juga, katanya, boleh menjurus kepada Malaysia menjadi pangkalan untuk menyerang negara ketiga atau melancarkan serangan di negara ini sendiri.
Berdoa agar negara Malaysia kekal AMAN.